Wednesday, September 9, 2009

sastera Lama(Semua Bahan Adalah Inspirasi daripada Prof Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Bin Saludin(Ketua Jabatan KM, UPSI)

(Sastera Rakyat




Definisi Sastera Rakyat

Sastera Rakyat ialah sastera yang sepenuhnya telah dihasilkan oleh golongan rakyat jelata. Gubahannya adalah gubahan yang begitu menarik sekali dan memang menjadi kebanggaan glongan rakyat bawahan. Wujudnya Sastera Rakyat ini adalah semenjak sebelum masyarakat Melayu mengenali akan sistem tulisan. Orang Melayu pada ketika itu banyak menitikberatkan kelisanan dalam Sastera Rakyat. Kelisanan inilah yang akan menunjukkan kehebatan dan keunikan Sastera Rakyat itu sendiri. Orang Melayu hebat berfikir, menghafal, mentafsir, meluahkan dan mentafsirkan. Semuanya dalam lingkungan alam terkembang menjadi guru.

Penakik pisai siraut
Ambil galah batang lintabung
Selodang jadikan nyiru
Nang setitik jadikan laut
Nang sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru


Setiap bahan yang diperolehi disampaikan dari mulut ke mulut dan menjadi tanggungjawab mereka untuk diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Bila situasi ini berlaku maka terdapatlah tokok tambah dalam bahan yang disampaikan.
Setiap tokok tambah sebenarnya adalah menunjukkan kekreatifan orang-orang Melayu itu mengolah dan mentafsir sesuatu bahan yang diperolehinya. Harus diingat bahawa Sastera Rakyat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah bersifat kolektif dan kepunyaan bersama. Masing-masing bertanggungjawab terhadap apa yang diceritakan. Setiap cerita tidak sunyi dari pengaruh alam sekeliling. Malahan jika tidak terdapat pengaruh alam sesuatu bahan Sastera Rakyat itu tidak menarik dan bersifat kering serta longgar. Orang Melayu pada ketika ini juga begitu mempercayai akan anamisme dan masyarakat mereka bersifat tertutup. Tiada pengaruh dari luar.
Setiap karya sastera pada ketika ini adalah milik bersama dan tiada tercatat nama pengarang, tarikh serta masanya. Tidak wujud langsung milik perseorangan. Kebanyakan Sastera Rakyat ini mudah difahami dan plotnya tidak berbelit-belit. Masyarakat ketika itu mementingkan akan mesej yang hendak disampaikan. Segala unsur estetiknya lahir kemudian. Kebanyakan Sastera Rakyat disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang mahir serta berkebolehan seperti Tok Selampit di Kelantan, Awang Batil di Kedah, Mir Hassan dan Pawang Ana di Perak, Penglipur Lara di Pahang, Awang Kitang di Negeri Sembilan dan Tukang Kenterung di Jawa. Penyampaian yang dibuat oleh tokoh-tokoh ini begitu kreatif dan menarik sekali serta diiringi oleh alat-alat bunyi-bunyian iaitu rebana, seruling dan sebagainya.
Hasil daripada amalan animisme yang begitu kuat di kalangan orang-orang Melayu pada ketika itu telah melahirkan beberapa genre seperti mantera dan melalui mantera ini diwujudkan pula jampi, serapah, sembur, cuca dan sebagainya yang bertindak untuk menjaga keselamatan, kesejahteraan, maruah dan kehormatan orang-orang Melayu pada ketika itu. Lahirnya genre lain seperti teromba yang lebih bersifat undang-undang masyarakat yang begitu kuat diamalkan di Negeri Sembilan, Naning dan Minangkabau.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa teromba ini adalah genre yang terawal wujud dan di dalamnya terdapat pantun, mantera, syair, seloka, gurindam, peribahasa, terasul, pepatah-petitih, bidalan, ungkapan, teka-teki dan banyak lagi. Semuanya adalah bersifat berkias, menyindir dan menguji kefahaman khalayak Melayu pada ketika itu. Ramai yang tidak merasai bahawa kehebatan Melayu adalah terletak kepada genre seperti ini. Genre seperti ini juga terdapat di dalam Prosa Melayu Klasik contohnya di dalam Hikayat Malim Deman, Sejarah Melayu dan sebagainya. Teromba juga masih diamalkan dalam masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan sebahagian di Melaka. Akan tetapi ianya tersebar di kalangan orang-orang Melayu di negeri-negeri lain di Malaysia ini.
Sastera Rakyat Melayu mempunyai banyak persamaan dengan Sastera Rakyat di negara-negara lain di dunia ini. Persamaan ini terjadi kerana persekitaran yang agak sama seperti yang berlaku di Alam Melayu. Misalnya di dalam Cerita-cerita Jenaka dan Cerita-cerita Binatang. Dalam Cerita Binatang masyarakat Melayu terkenal dengan kepintaran Sang Kancil dan dalam masyarakat Eropah mereka lebih mengagungkan akan binatang iaitu musang. Walaupun berlainan watak binatang jalan pemikirannya masih lagi sama iaitu binatang yang cerdik dan boleh mengalahkan sesiapa sahaja menggunakan kepintarannya.
Sastera Rakyat ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menghibur. Harus kita ingat menghibur yang mempunyai unsur-unsur didikan dan bukannya bersifat mengkhayalkan seperti yang dianggapi oleh glongan tidak memahami. Masyarakat pada ketika itu tidak ada alat-alat hiburan yang lain seperti yang berlaku pada hari ini. Di samping itu juga ia berfungsi untuk mendidik, mengajar, kritikan dan sindiran kepada orang-orang Melayu supaya boleh menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka sudah penat bekerja seharian dan jalan keluar untuk merehatkan diri dan otak adalah melalui Sastera Rakyat. Cerita-cerita Jenaka dan Cerita Binatang termasuk genre puisi adalah berperanan besar membentuk budaya masyarakat Melayu yang sangat mementingkan budi dan muafakat.

Sifat-sifat Sastera Rakyat

Jelas sekali bahawa kehebatan Sastera Rakyat adalah melalui kelisanannya.
Setiap perkara adalah mementingkan hafalan. Hafalan di sini bukannya seperti kita menghafal skrip jawapan untuk peperiksaan, tapi hafalan Sastera Rakyat penuh dengan penghayatan yang boleh memberi kesan kepada khalayaknya. Disampaikan dari mulut ke mulut dan telah menjadi tanggungjawab masayarakat Melayu untuk menyebarkan Sastera Rakyat ini. Tambahan pula kebanyakan masyarakat Melayu pada ketika itu belum tahu menulis dan membaca. Namun begitu masyarakat Melayu pada ketika itu masih dapat menghasilkan Sastera Rakyat yang begitu bernilai tinggi.
Bila Sastera Rakyat ini bersifat lisan maka sudah tentu mempunyai tukang cerita yang mahir sebagai penyampai. Di antara tukang cerita yang paling terkenal ialah Pawang Anna dan Mir Hassan. Kehebatan tukang-tukang cerita ini terletak kepada kreativitinya yang tidak ada pada bangsa-bangsa lain. Mereka menyampaikan cerita dengan lagu dan irama yang lemak merdu sehingga sedap telinga kita apabila mendengarnya. Kreatifnya mereka bila diiringi dengan bunyi-bunyian seperti rebana, gendang dan serunai. Dapat dilihat bahawa gabungan bunyi-bunyian dan suara boleh mempegaruhi masyarakat Melayu pada masa itu dan juga pada masa sekarang jika ada tumpuan apabila menghayatinya.
Tidak terdapat langsung yang cuba mendakwa pada masa itu segala hasil karya adalah miliknya. Semuanya dikira sebagai milik bersama-sama kerana mereka lebih bersifat kolektif dalam segala hal. Tidak ada yang bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Cubit peha kanan peha kiri terasa. Kehidupan mereka sungguh akrab sekali dan tiada ada yang mementingkan hal peribadi sendiri. Masyarakat adalah lebih penting dari segala-galanya. Malu seorang malu semua. Ibarat beranak seorang mengajar ramai. Jelas sekali pada masa ini tidak ada sikap untuk penonjolan diri. Semua yang dilakukan adalah untuk kepentingan masayarakat belaka.
Sastera Rakyat juga adalah merupakan tradisi masyarakat Melayu yang sangat bernilai sekali. Ramai yang menganggap bahawa ia sukar menerima beberapa perubahan dan bersifat statik. Pemikiran yang sebegini adalah nakal dan perlu diubah dengan segera kerana kita perlu menafsirkan semula semua Sastera Rakyat mengikut konteks hari ini. Pentafsiran haruslah secara terbuka dan penafsir mestilah mempunyai asas Melayu dan Islam secara kukuh serta jangan ditingglkan soal adat serta budaya. Sastera Rakyat sebenarnya adalah menggambarkan ketamadunan bangsa Melayu yang mempunyai akar tunjang yang begitu jitu. Diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Agak malang sekali jika kita tidak mahu meninjau dan memikirkan kehebatan Melayu di dalam teromba, pantun, syair, gurindam, seloka, peribahasa, cerita-cerita binatang, cerita-cerita jenaka dan sebagainya.
Sastera Rakyat Melayu juga banyak mempunyai persamaan dengan lain-lain bangsa di dunia. Persamaan ini dari segi plot, pemikiran dan persekitarannya. Dalam cerita-cerita binatang Melayu tokoh utamanya ialah Sang Kancil dan di kalangan masyarakat Red Indian watak utamanya ialah Serigala, di kalangan bangsa Vietnam watak pentingnya ialah Kelinci. Terdapat juga cerita yang terkenal iaitu Belanda minta tanah di Betawi. Di Amerika pula terkenal sekali cerita orang Peranchis minta tanah dari orang Red Indian dengan cara meminta tanah selebar belulang sehingga mendapat tanah yang lebih luas. Semuanya adalah dengan cara yang tidak betul iaitu penipuan.
Dalam perkembangan Sastera Rakyat ia bersifat dinamik dan bukan satu benda yang mati walaupun telah menjangkau di era globalisasi. Terdapat banyak perubahan mengikut pembawa, pencerita dan penggiatnya. Segala tokok tambah ini bukannya menunjukkan kelemahan tetapi adalah atas kepentingan setempat serta untuk menyampaikan mesej. Setiap Sastera Rakyat Melayu berubah mengikut penyesuaian setempat dan ianya tidak bersifat komersial untuk kepentingan diri sendiri. Kita harus mentafsir sesuatu cerita Sastera Rakyat Melayu secara ilmiah dan benar-benar cuba untuk mengalami dan menghayati. Jika ditafsir secara emosi kita tidak akan dapat jumpa jawapan sebenar. Misalnya cerita Mat Jenin sebenarnya adalah cerita perancangan rapi orang-orang Melayu yang bercita-cita untuk cemerlang, gemilang dan terbilang akan tetapi penamatnya telah diselewengkan oleh orientalis barat atas tujuan penjajahan.
Kebanyakan hasil Sastera Rakyat Melayu adalah berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Mereka nampaknya sudah mula mencari suatu perlarian untuk sama-sama membantu masalah yang mereka hadapi setiap hari. Lahirlah cerita-cerita hantu, dewa dewi dari kayangan, mantera, jampi, serapah dan sebagainya. Kepercayaan anamisme seperti ini begitu kuat menjadi pegangan mereka. Lahirlah ciptaan mereka dengan menggunakan bahasa-bahasa yang indah dan ada kaitan dengan alam.
Plot Sastera Rakyat Melayu adalah mudah dan senang difahami. Namun begitu cuma dalam cerita Penglipur Lara sahaja plotnya berbelit-belit dan sejajar dengan ceritanya yang wujud dalam alam yang tidak nyata. Nilai-nilai sasteranya akan dapat kita rasai jika kita mempunyai penghayatan yang tinggi. Pertembungan watak-watak dalam cerita ini boleh memberi kesan kepada khalayak.
Orang-orang Melayu mempunyai kehebatannya yang tersendiri dan Sastera Rakyat memainkan peranan untuk menyampaikan mesej dan membawa pengajaran. Setiap perlakuan dalam masyarakat jika hendak dikritik adalah secara tidak langsung dan berkias. Masyarakat Melayu mempunyai nilai budi yang begitu tinggi dan mereka tidak mahu memalukan orang lain secara nyata. Setiap teguran adalah dibuat secara kiasan dan menggunakan bahasa yang berlapis. Begitulah sopannya bangsa Melayu walaupun marah masih lagi secara beradab dan bukan marah mengikut nafsu sahaja.
Jika kita ingin melihat adat, budaya dan resam bangsa Melayu kita boleh lihat melalui Sastera Rakyatnya. Melaluinya juga kita boleh lihat tahap pemikiran bangsa Melayu itu sendiri. Sastera Rakyat ini juga adalah sastera Melayu yang tertua dan banyak berfungsi untuk menyapaikan maklumat kepada bangsanya sendiri. Keindahan dan kehebatan Sastera Rakyat Melayu ini adalah terletak kepada kelisananya dan apabila dituliskan maka yang tersirat akan beransur-ansur tenggelam. Jika mampu digali Cuma boleh dilakukan oleh orang yang mahir sahaja. Penyalinan semula Sastera Rakyat Melayu dalam tulisan rumi juga adalah suatu kelemahan kerana ketulinan cerita akan hilang. Selain itu menjadi anak muda Melayu menjauhi tulisan jawi. Pati kehebatan orang-orang Melayu sebenarnya masih banyak terakam dalam tulisan jawi.

Pembahagian Sastera Rakyat

Sastera Rakyat Melayu terbahagi kepada dua bahagian penting dan ini diperakui oleh semua sarjana. Pembahagian itu adalah seperti berikut:

i. Bercorak Non-Naratif

Terdiri daripada teromba, pantun, syair, seloka, gurindam, nazam, peribahasa, pepatah-petitih, terasul, ungkapan, talibun, teka-teki dan sebagainya. Semuannya ini akan lebih menarik dan mantap jika disampaikan secara lisan dan bukannya melihat teks. Jika melihat teks ia akan menjadi suatu pengucapan yang biasa sahaja.. kebanyaknya mempunyai rangkap yang tertentu, terdapat aliterasi, asonansi, rima akhir yang menarik, bahasa yang padat dan mempunyai sukukata yang tertentu.
ii. Bercorak Naratif
Di dalamnya mengandungi Cerita-cerita Binatang, Cerita-cerita Jenaka, Cerita Penglipur Lara, Metos Lagenda dan Cerita Asal Usul. Sastera jenis ini mempunyai jalan cerita, watak, isi cerita bahasa yang indah lagi tinggi. Di masukkan unsur-unsur hiburan yang mempunyai nilai-nilai pendidikan, moral dan sebagainya.

3.1. Definisi Pembahagian Sastera Rakyat
a. Non-naratif
Pantun



Pengenalan.
Puisi Melayu sebagaimana yang telah diketahui, adalah merujuk kapada karangan berangkap. Pantun adalah merupakan satu cabang di dalam kelompok puisi Melayu asli. Seterusnya, pantun ini boleh digolong dalam kelompok puisi jenis terikat karana mempunyia rangkap, jumlah baris tertentu, jumlah perkataan, suku kata, dan juga rima yang tertentu dalam baris.

Pengertian Pantun.
Harun Mat Piah telah mendefinisikan pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran. Di dalam aspek dalaman meliputi unsur estetiknya dan isi. Bagi sudut luarannya pula dapat dilihat pada aspek strukturnya.

Jenis.
Zainal Abidin Bakar telah membahagikan pantun kepada tiga jenis iaitu sudut khalayak, sudut bentuk dan sudut tema.

I ) Sudut Khalayak.
Penutur dan pendengar pantun dikategori pula kepada tiga bahagian iaitu kepada kanak-kanak, dewasa dan orang tua.

II) Sudut Bentuk.
Ia dapat dilihat daripada jumlah baris dalam setiap rangkapnya. Zainal Abidin Bakar telah membahagikan kepada empat kumpulan. Iaitu pantun pantun dua baris, pantun empat baris, dan pantun yang lebih dari empat baris serta pantun berkait.

III) Sudut Tema.
Pantun boleh diklafikasikan kepada sebelas tema menurut zainal Abidin Bakar .
1) Pantun adat dan resam manusia.
2) Pantun agama dan kepercayaan.
3) Pantun budi
4) Pantun jenaka dan permainan.
5) Pantun teka-teki.
6) Pantun kepahlawanan.
7) Pantun nasihat dan pendidikan.
8) Pantun peribahasa dan perbilangan.
9) Pantun kias dan ibarat.
10) Pantun kembara dan perantauan.
11) Pantun percintaan.

Fungsi.
Pantun dalam masyarakat Melayu mempunyai peranannya seperti :
1. Alat untuk mendapat gambaran masyarakat, terutamanya sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan, dan cita-cita.
2. Alat untuk menguji ketajaman minda dan kehalusan perasaan. Sebagai contoh pantun teka-teki, pantun peribahasa dan lain-lain.
3. Diperguna juga dalam kegiatan seni, keagamaan dan adat istihadat.
4. Digunakan untuk pendidikan sama ada untum menyindir, kiasan atau berterus terang.
5. Alat untuk hiburan dan bahan untuk jenaka seperti pantun jenaka, pantun permainan dan lain-lain.
6. Alat untuk berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati. Sebagai contoh sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam majlis upacara atau majlis rasmi.

Jenis-jenis Pantun
Pantun dua kerat:
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.

Baik-baik bertanam ubi,
Baik-baik menabur budi.

Yang kurik kundi,yang merah saga,
Yang baik budi,yang indah bahasa.

Pantun empat kerat:
i) Pantun anak-anak:

Berangan besar di dalam padi,
Rumpun buluh dibuat pagar,
Jangan syak di dalam hati,
Maklum pantun saya belajar.

Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana,
Alang besarnya hati awak,
Mandapat baju dengan celana.

Sayang pisang tiada berjantung,
Bunga keluar dari kelopak,
Penat sangat ibu mendukung,
Adik tak juga mahu gelak.

ii) Pantun orang muda:

Suji-suji daun delima,
Disuji anak Sultan Bentan,
Kalau sudi minta terima,
Diharap tuan jangan lupakan.

Dari mana hendak ke mana,
Dari Jepang ke bandar Cina,
Kalau tuan sudi bertanya,
Bunga yang kembang siapa punya.

Selasih dekat batang delima,
Mentimun dendang masaknya merah,
Kasih pun lekat bersama-sama,
Laksana daging dengan darah.

iii) Pantun orang tua:

Berburu ke padang datar,
Mendapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Anak ayam turun sembilan,
Mati satu tinggal delapan,
Suatu jangan ketinggalan,
Iaitulah boleh jadi harapan.

Buah ganja makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Barang kerja hendaklah pikir,
Supaya tidak mendapat malu.

Pantun enam kerat:

Padi bukit padi huma,
Taruh mari di dalam peti,
Dibawa orang ke Tanjung Jati,
Budimu tuan saya terima,
Sudah siletak di dalam hati,
Terpahat kukuh ke dalam hati.

Hilang kaca, berganti intan,
Hilang sampan, mendapat jong,
Titi patah, diganti jambatan,
Pondok runtuh, diganti mahligai,
Menunggu pelanduk, rusa yang datang,
Hilang seringgit, terjumpa seratus.

Buah lada lebat di pangkal,
Gugur daun dengan buahnya,
Dibawa dagang pergi seberang,
Sungguh ringgit penuh sekapal,
Budi tiada apa gunanya,
Nama pun tidak disebut orang.

Pantun lapan kerat:
Anak buaya di Citarum,
Hilir Kuala batu haji,
Singgah ke Pulau Siantokan,
Seru-berseru suara tabib,
Sungguh berkehendak kami belum,
Tapi terniat dalam hati,
Segan sedikit mengatakan,
Pikirkan baik di dalam raib.

Rumpum rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungkai,
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang yang usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksub rasa takkan sama.

Daun selasih daun keladi,
Keladi di tanam di tepi tanjung,
Tanjung bernama Tanjung Karang,
Tempat orang mengail sepat,
Hati kasih kerana budi,
Budi baik rasa nak junjung,
Sampai bila dikenang orang,
Kenangan sampai ke akhir hayat.

Pantun sepuluh kerat:
Daun sirih daun geti,
Diambil pucuk dipatahkan,
Dibawa orang ke tanah rata,
Tempat berjual madu dan gamat,
Pasar terletak di hujung padang,
Jika janji tidak ditepati,
Jika ikrar tidak dimuliakan,
Jika kata tidak di kota,
Alamat hilang rasa hormat,
Ke mana-mana tidak dipandang.

Sebulan perompak lari,
Bau tengiknya tercium juga,
Datang angin dari lautan,
Dibawa bau ke daratan,
Setahun padi tidak menjadi,
Datang angin dari daratan,
Dibawa bau ke lautan,
Setahun ikan tak bermain,
Orang bersuami minta cerai,
Orang bercerai pulang balik.

Burung pipit terbang melayang,
Mari hinggap di rumpun padi,
Padi terletak di balik mayang,
Mayang berada disudut laman,
Laman dihias pohon kelapa,
Bukan ringgit pandangan orang,
Pandangan atas bahasa budi,
Budi yang baik tak akan hilang,
Tetap dikenang sepanjang zaman,
Samapai mati terkenang jua.

Pantun dua belas kerat:
Kalau nak kenal pohon seraya,
Tumbuh bersama pohon rumbia,
Batangnya putih daun bergetah,
Banyak tumbuh di Pulau Angsa,
Dibawa dagang ke negeri selat,
Berjual beli harganya murah,
Kalau nak kenal pemimpin berjaya,
Dijadikan tua budinya mulia,
Dijadikan tiang tidakkan patah,
Dijadikan tudung tidakkan basah,
Memimpin negeri tegakkan daulat,
Memimpin umat berdirilah meruah.

Jangan cuba menetak jati,
Baik ditetak batang rambutan,
Boleh ditetak sambil berdiri,
Disusun rantingnya di atas para,
Batangnya pula dibelah-belah,
Untuk di bawa ke pekan Linggi,
Jangan ikut kehendak hati,
Kehendak hati mainan syaitan,
Jika diturut binasalah diri,
Jiwa dan raga jadi sengsara,
Jauh dari rahmat Allah,
Di akhiratnya pula sangatlah rugi.

Tarik kerakap batang padi,
Dibawa orang dari laut,
Padi jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Disitu ditanamkan pula,
Tuan seorang yang baik budi,
Sebab budi hati terpaut,
Walau sedetik tidak terlupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi,
Jika terbangun teringat pula.

Pantun berkait:
Sudah lama kami merisik,
Tali perahu terap belaka,
Sudah lama kami merisik,
Baru kini bertemu muka.

Sudah lama langsatnya condong,
Dahannya rebah ke ampaian,
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang disampaikan.

Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat,
Sekian alam kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.

Raja Hindu raja di Sailan,
Singgah berenang di persiraman,
Bagai pungguk rindukan bulan,
Kumbang merindu bunga di taman.

Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam cempelari,
Duduk menangis di pintu kubur,
Dunia tidak boleh ulang dua kali.

Ketiga asam cempelari,
Dari jauh bawa belayar,
Dunia tak boleh ulang dua kali,
Sudah terjemur di padang mahsyar.

Dari jauh bawa belayar,
Turun ke pekan bermain-main,
Sudah terjemur di padang mahsyar,
Sekeping papan secarik kain.

Turun ke pekan bermain-main,
Dari Johor ke Tanjung Tuan,
Munkar Nakir datang bertanya,
Apa jawapan hambamu tuan.

Daru Johor ke Tanjung Tuan,
Petik belimbing di tepi kota,
Apa jawab hambamu tuan,
Dua kalimah syahadat tentulah nyata.

Anak itik berenang-renang,
Renang mari dalam telaga,
Adat budi dikenang-kenang,
Budi yang baik sukar dilupa.

Renang mari dalam telaga,
Diambil seekor si anak Bentam,
Budi yang baik sukardilupa,
Walau setitik bagai lautan.

Diambil seekor si anak Bentam,
Diberi makan di tapak tangan,
Walau setitik bagai lautan,
Apatah lagi jika berpanjangan.

Diberi makan di tapak tangan,
Dedak beras bercampur padi,
Apatah lagi jika berpanjangan,
Tidak terbalas sehingga mati.

Dedak beras bercampur padi,
Padi bukit enak rasanya,
Tidak terbalas hingga ke mati,
Kepada Allah pohon ganjarannya.


2. Mantera

Perkataan mantera sebenarnya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “mantra” “manir” @ “mantar”. Mantera ini mempunyai kaitan rapat dengan kitab suci Hindu yang pastinya melibatkan kekudusan, dan magis yang berhubung langsung dengan jampi serapah. Keadaan ini menunjukkan mantera satu bentuk amalan yang merangkumi seluruh hidup masyarakat Hindu terutama untuk jalan kebaikan. Menurut Soedjijono, imam dan Kusnan (1987, 2-4), mantera dalam agama Hindu dianggap sebagai ”wahyu”, hal ini kerana isi mantera tidak boleh diubah dan tidak boleh diajar kepada orang yang belum berhak kerana pelanggaran atau penyalahgunaan dipercayai mendatangkan kesan yang buruk. Menurut ajaran Hindu pengamalan mantera merupakan satu bentuk jalan mistik (Raja yoga) dalam mencari tujuan hidup beragama. Aliran mistik ini dalam sejarah perkembangannya menjadi mazhab Tantrayana atau Tantrisme untuk mencari kelebihan atau kesaktian. Sehubungan dengan itu hampir semua mantera Hindu memuji atau menyeru tuhan disebut ”om:


Contoh

Om sivayanama om
Om siva siza sivayanama
Om sarva sakthi sivayanama
Om Sarva nayaki om
(Tomotharan Kaundar A/L Sinniah Kajang Selangor)

Masyarakat Bali memahami mantera seperti yang di maksudkan dalam bahasa sanskrit. Penerimaan pengertiaan itu memang sesuai kerana 95% daripada penduduk Bali adalah beragama Hindu. Malah lebih sesuai lagi bagi masyarakat Bali Majapahit yang mengekalkan sistem kasta dan menggunakan mantera daripada kitab Weda yang memuja dan menyeru om.

Contoh
Mantra Drarma Santhi Nyepi

Om udwayam tamasas
Pariswah pasyanta uttaram
Dawan dewatra suryam
Jiwema saradah satam

Maksudnya

Om Hyang widhi wasa
Tuhan kami yang maha kuasa
Kekal abadi dan maha mengetahui
Semoga hyang widhi menerangi kami
Dengan cahayamu yang maha suci

(adia Wiratmadja, 1988: 48-49)

Namun begitu perkataan mantera jarang disebut oleh orang Melayu kerana mereka menyebut jampi dan serapah. Dalam keadaan beginilah Harun Mat Piah (1987: 479) menggunakan mantera untuk istilah merangkumi apa yang disebut dalam bahasa Melayu sebagai jampi, serapah, tawar sembur, cucu, puja, seru, tangkal dan lain-lain lagi. Satu lagi istilah yang digunakan oleh orang Melayu ialah ilmu. Orang mempunyai banyak mantera dan mempunyai kepandaian dalam bidang itu dikatakan berilmu. Maka dengan itu lahirlah istilah ilmu pengasih, ilmu memburu rusa, ilmu berjalan di hutan, ilmu wayang kulit dan lain-lain lagi. Harun Mat Piah (1989: 479) menyatakan mantera perlu diucap sama ada dalam bentuk puisi atau prosa dan apa yang diucapkan hendaklah berkonotasi magis dan ia diucap untuk tujuan perbomohan, pakaian diri dan sebagainya.

Contoh
Mantera Penyangga Buatan Orang
Bismi ’llah-Rahmani l’- Rahim
Batu sangin, batu sangga
Batu terpendam hujung syurga
Datang dari kanan sangga di kanan
Datang dari kiri sangga di kiri
Datang dari stas sangga di atas
Datang dari bawah sangga di bawah
Datang sepenjuru sangga sepenjuru
Sekalian alam seklian kun
Kun kata Allah
Fayakun kata muhammad
Rabbukum kata jibril
Berdoa lah ia
Lailaha illah, Muhammaadar Rasuallah
(Mahmud Enduk Kangar Perlis)

2.0 KONSEP DAN CIRI MANTERA

Dalam membina konsep dan menentukan ciri mantera, beberapa orang sarjana telah memberi pandangan mereka berdasarkan penelitian dan fahaman masins-masing. Antara para saujana itu termasukkalah Seojijono, imam dan Kusna (1987,33-104). Mereka mengemukakan enam unsur yang perlu ada untuk membolehkan sesuatu ucapan itu dikenakan sebagai mantera dan menjadikan mantera itu berkesan.

Pertama bentuk atau struktur, kalimah atau isi yang ada dalam ucapan terbina dalam satu bentuk tersendiri. Kedua bahasa yang merupakan alat untuk menyampaikan kata-kata menjadi ciri-ciri penting kerana tanpa bahasa tidak akan wujud pengucapan dan sekali gus tidak akan ada komunikasi. Ketiga latar belakang mantera berkait rapat dengan corak kepercayaan dan kehidupan masyarakat. Keadaan ini kerana latar belakang tempat, tokoh luar biasa yang disebut misalnya Rasulullah, Semar dsn Dewa Indra menjadi mantera yang berkesan. Keempat, tujuan sesuatu ucapan yang dibuat itu hendaklah jelas sama ada untuk perubatan dan sebagainya. Kelima pembawaan yang bermaksud pengamalan mantera. Pengamalan itu hendaklah dipastikan masa,tempat dan kelengkapan yang digunakan. Akhir sekali keenam prasyarat iaitu meliputi cara hidup yang sederhana, melakukan pertapaan dan cara menggunakan mantera.

Manakala Harun Mat Piah pula (1989,442-443) memperuntukkan lima ciri dasar yang harus diperjelaskan untuk menganalisis dan menginterpretasi mantera. Pertama keseluruhan mantera melayu adalah dalam bentuk puisi atau sekurang-kurangnya mengandungi unsur-unsur puisi dan puisi ini agak unik bentuk dan isinya daripada yang lain. Kedua isi dan konsep sesebuah mantera menunjukkan hubungan yang amat erat dengan sistem kepercayaan masyarakat. Ketiga sesebuah mantera yang dicipta diabadikan dalam satu perlakuan tertentu dan untuk fungsi yang tertentu. Keempat pengabadian sesebuah mantera dalam perlakuan yang berkenaan dilakukan oleh seseorang dukun atau pawang yang memperolehi tauliah untuk menjalankan perlakuan tersebut. Kelima kepercayaan, konsep, teks atau tubuh puisinya amalan dan perlakuan dipraktiskan oleh orang yang mengamalkannya tujuan baik atau jahat.

2.1 BINAAN MANTERA

Binaan mantera melibatkan semua unsur yang ada pada teks dan di luar teks. Penglibatan semua unsur ini penting kerana mantera tidak boleh berdiri dengan teks semata-mata seperti karya yang lain, tanpa pengamalan dan keberkesanan. Unsur pembinaan di luar teks seperti kepercayaan , keyakinan diri, suasana dan peralatan mempunyai kaitan rapat dengan faktor-faktor yang menentukan keberkesanan sesebuah mantera. Manakala unsur dalaman teks bermasud segala kompenen yang terlibat secara langsung untuk membina sesebuah mantera. Unsur-unsur tersebut termasuklah bahasa, pengucapan, bentuk dan isi.

BAHASA

Bahasa atau kata-kata dalam mantera merupakan satu daripada tiga faktor yang menentukan keberkesanan dalam menghasilkan sesebuah mantera. Diksi dapat diistilahkan sebagai pemilihan dan penggunaan kata dalam percakapan atau penulisan. Bagi mantera diksi yang sedemikan juga perlu tetapi tidak semua bahasa dan kalimat dalam mantera wajib difahami maknanya. Kekhusunan bahasa mantera itu tidak hanya mengandungi kata-kata tertentu yang tidak difahami maknanya tetapi kata- kata yang dipakai itu kadang kala aneh bunyinya atau merupakan permainan bunyi sahaja.

Namun begitu tidak kurang juga mantera yang menggunakan kata-kata tabu alat kelamin manusia. Mantera juga dikatakan memiliki bahasa yang khas yang dapat disebut sebagai diksi mantera. Antara ciri-ciri diksi khusus mantera ialah dapat membangkitan suasana sakral atau kesan magik melampaui batas keupayaan sebenar manusia. Malah menjangkau keluar dari kekuasaan hukum alam memasuki alam ghaib dan kesaktian.





Kosa kata merupakan kata-kata yang dipilih untuk digunakan dalam percakapan atau penghasilan karya berdasarkan makna yang hendak disampaikan, tingkat perasaan dan suasana batin yang semuanya amat dipengaruhi latar belakang sosiobudaya pencipta karya. Di dalam mantera yang dikaji di antara kata-kata yang sering digunakan ialah tentang alam ketuhanan , kepercayaan alam nyata dan ghaib. Kata-kata yang berkaitan dengan alam ketuhanan dan kapercayaan termasuklah perkatan Allah, Rasulullah Muhammad , malaikat dan yang paling lumrah ialah Bismi llah l-Rahmani l-Rahim sebagai permulaan bacaan.

Contoh
Mantera Seribu Tawar

Bismi’llah l’-Rahmani l’-Rahim
Allah setawar
Seribu tawar
Tawar datang kudrat taala
Bisa turun tawar datang
Beribu-ribu tawar
Twar nak tawar
Tawar Allah
Tawar muhammad
Tawar baginda Rasululullah
Berkat doa
Lai ilaha illa ’llah muhammadur Rasulullah
(Mat Ali Yong Peng, Johor)






Kosa kata dalam mantera juga dipengaruhi oleh alam sekitar pencipta dan khalayak mereka yang tinggal di kawasan kepulauan , tepi laut sungai memggunakan kata ’hantu air ’hantu laut dan sebagainya untuk merujuk kepada makhluk harus di kawasan berkenaan. Kata-kata lain termasklah ikan,udang, pancing pukat dan perahu yang berupa makanan dan peralatan yang digunakan untuk mencari nafkah.

Contoh
Mantera Menghubungi Hantu Laut

Hei sahabatku mambang tali arus
Yang berulang ke pusatTasik Pauh Janggi
Sampaikan pesanku ini
Kepada datuk si Rimpun Alam
Aku minta tolong pelihara kawan-kawanku
Hei sekalian sahabatku di laut
Hei sidang sateh sidang bayu
Sidang mukmin sidang ambang
................................................................
Imam Jalil namanya imim di laut
Bujang Ransang namanya hulubalang di laut
Nek Rendah namanya yang diam di bawah
Nek Joreng namanya yang diam di teluk
Nek Jeboh namanya yang diam di tanjung
Datuk Batin Alam namanya yang datuk di laut.
(Haji Bakar Mat Seberang Prai, Pulau Pinang)






Manakala dalam bidang perubatan, kata-kata yang tepat berhubung dengan bahagian yang sakit dan anasir yang bertanggungjawab membawa penyakit digunakan untuk memulihkan penyakit berkenaan. Bagi mereka yang menghidap penyakit angin dikatakan ‘angin seratus sembilan puluh’. Seterusnya dibilang beberapa angin. “angin hala” “angin bidan” dan “angin pendekar”. Begitu juga dengan penyakit urat saraf dan patah tulang.

Contoh
Mentera Memulihkan Urat Saraf

Bismi ‘ llah-Rahmani l’-Rahim
Hei besi masam besi sani
Besi darah besi lendir
Besi lendir menjadi air
Hei darah bertongkol
Aku minta hancur menjadi air
Urat yang bersimpul menjadi lurus
Tulang yang selisih aku nak minta rapatkan
Bukan kuasa aku dengan kuasa Allah
Bukan khudrat aku dengan khudrat Allah
Dengan berkat doa
La ilaha llah, Muhammadar Rasulullah.
(Husin Ab Rahman Machang Kelantan)

Pengucapan

Pengucapan dalam mantera meliputi semua penyabutan dan pembacaan daengan menggunakan suara atau tanpa suara ke atas sesuatu mantera. Pengucapan merupakan satu daripada ciri-ciri yang harus ada pada mantera. Ciri-ciri pengucapan melibatkan lima aspek iaitu cara sebutan, rima aliterasi, asonansi dan pengulangan.

Cara sebutan ini berkait rapat dengan tekanan suara atau bunyi yang dituturkan oleh pengamal semasa mempraktikkan mantera. Timggi rendah suara biasanya bergantung kepada jenis dan fungsi mantera serta suasana sekitar. Oleh itu ada mantera yang disebut tanpa suara, disebut dengan perlahan, sedarhana dan kuat.

Sebutan tanpa suara adalah penguapan yang dibuat dalam hati yang tidak begitu tergantung kepada jenis mantera, sebaliknya lebih ditentukan oleh suasana dan tujuan. Kebanyakkan mantera melibatkan pihak kedua atau ketiga yang menjadi sasaran pengamal sama ada untuk diri sendiri atau orang yang meminta pertolongan. Mantera yang diucap tanpa suara biasanya bertujuan menundukkan atau melamahkan pihak tertantu dan ia dipraktik secara langsung di hadapan pihak yang menjadi sasaran atau dalam uasana terbuka. Ia dilakukan supaya orang lain melihatnya tetapi tidak mendengar. Contohnya , suami atau isteri yang hendak menambat hati pasangannya supaya mengasihi sepanjang hayat, perlu menyedut dengan hidung akan nafas yang dihembuskan oleh pasangannya itu dan menahannya sambil membaca.

Contoh

Aku ambil roh dan semangat si anu
Aku kamilkan dengan rohku
Tidak berpisahlah kita
Dari dunia hingga akhirat.
(Mahat Kassim Maran, Pahang)

Pengucapan sebutan secara perlahan lebih merupakan bisikan kerana suara yang dikeluarkan terlalu perlahan seolah-olah didengar oleh penutur atau orang yang berada terlalu hampir dengannya sahaja. Nada yang digunakan tidak menentu, namun ia banyak bersifat pujukan. Rayuan dan seruan sebagaimana lazimnya terdapat dalam mantera pakaian diri seperti pengasih, jaga badan, pendinding, kebal dan lain-lain lagi. Cara bisikan amat sesuai kerana mantera yang dibaca banyak ditujukan kapada diri sendiri seperti dalam mantera pemanis, dan sekiranya ia melibatkan pihak kedua, biasanya pihak itu berada jauh dari tempat penutur, umpamanya mantera pengasih yang ditujukan kepada seseorang.

Contoh
Mantera Pengasih

Hei pinang si usup-usup
Mari ditanam di tanah lembah
Dari jauh aku usup
Sudah dekat tunduk menyembah
Hei sidang pati, itik nila menila
Naik si raja gila, turun si raja kasih
Kasih syang gila mbuk engkau kepada aku
Gajah putih seberang laut
Lagi tunduk bawah apak kaki aku
Kalau engkau tidak tunduk bawah tapak kaki aku
Derhaka engkau kepada Allah
Derhaka engkau kepada Muhammad
Derhaka engkau kepada aku
Berkat doa La ilaha illa llah.
(Hamid Abdullah Langkawi kedah)



Penyebutan secara sederhana pada umumnya digunakan oleh pawang yang mengubati pesakit secara biasa, tidak melibatkan ritual kecuali membakar kemenyan untuk ubat. Ucapan yang sederhana ini sekadr didengar oleh orang ramai di satu ruang, umpamanya rumah. Nada suara yang digunakan tidaklah tinggi Cuma sekadar memberitahu hantu dan semangat lain-lain.
Contoh
Mantera Menghalau Hantu Pari

Bismi ’llah-Rahmani l-Rahim
Hei selang pagi selang petang
Riuh-riuh permatang bukit
Ke mana pari hendak berjalan petang
Hendak cari darah setitik
Setitik tidak boleh pari perdah
Seloi-seloi sangkut kepada pari
Panjang pendek sulah tupai
Untuk mak panti pari
Dengan berkat doa
La ilaha illa llah, Muhammadur Rasulullah
(Saidin Latif Sungai Petani Kedah)



Pengucapan mantera secara kuat sering dilakukan dalm bidang perubatan oleh Tok Bageh, Tok Pateri dan Mek Mulung untuk merawat pesakit. Pengucapan mereka lantang dan boleh didengar oleh orang ramai yang berada di situ. Malah dalam main pateri terdapat mantera berupa nyanyian, dialog dan penceritaan yang melibatkan percakapan Tok Pateri dan Tok Minduk. Semua bentuk pengucapan itu dibuat dengan kuat.

Contoh
Mantera Berupa Nyanyian Membangunkan pesakit

Ala dong dong dong dong dong
Bingkas bangun makan nasi kunyit
Ala ayam ayam panggang
Sudah segar tubuh badan
Boleh suka boleh ria
Makan sedap tidur jenera
Mandi basah selimut lindumg
Ini ketika ini malam
Esok hari kemudian lusa
Boleh tengok boleh kelih
Sakit dedal pening relu
Pulang pulih sediakala
(Mamad Dollah Machang kelantan)

Bentuk
Bentuk secara langung melahirkan sifat luaran atau rupa mantera yang dapat di lihat dengan mata kasar apabila ditulis. Bentuk luaran itu terbina di atas rangka yang dipadatkan dengan bahasa yang berupa tabikan, pernyataan diri, seruan, suruhan, sumpahan dan sebagainya. Secara umumnya bentuk mantera terbahagi kepada dua bahagian iaitu kerangka binaan dan bentuk visual.

Kerangka binaan bermaksud lapisan-lapisan yang berpadu di bahagian dalam sehingga menghasilkan satu bentuk tertentu yang disebut bentuk dalaman oleh Harun Mat Piah, yang secara umumnya terdiri daripada tiga struktur atau lapisan iaitu permulaan, isi dan penutup.

Permulaan mengandungi penghormatan kepada Tuhan, Malaikat , Nabi. Wali Allah dan sebagainya atau sekurang-kurangnya dengan sebutan:
Bismi ’llahi ’l-Rahmani ’l-Rahim

Manakala isi mantera mengandungi beberapa maklumat iaitu mengenai penghormatan yang ditujukan kepada pihak yang berkuasa dan berwibawa seperti malaikat dan guru untuk memberitahu bahawa pengamal mengenali mereka. Pernyataan merupakan pengakauan pengamal akan dirinya yang dikaitkan dengan tokoh-tokoh terkenal yang mempunyai kuasa luar biasa. Mantera juga digunakan untuk menyaru kuasa luar biasa supaya bersedia untuk melaksanakan tugas yang akan diberikan dan sumpahan atau hukuman merupakan ingatan pengamal kepada kuasa luar biasa dengan hukuman yang akan diberikan sekiranya kuasa itu tidak mengikut perintah atau mungkir janji.


Bahagian penutuk ini dikaitkan dengan Allah dan Rasulullah, bertujuan menggambarkan bahawa Allah maha berkuasa dan bertanggungjawab ke atas kemujaraban mantera itu contohnya:
Berkat kata La ilaha illa ’llah

Bentuk visual merupakan karya sastera apabila ditulis pastinya mantera itu dapat dilihat dengan mata kasar. Namun sebagai genre puisi atau prosa berirama, mantera jenis bentuk yang paling kompleks sehingga tidak memadai dengan mengatakan ia berbentuk bebas kerana selaian rupanya sendiri yang tidak menentu ditambah pula dengan adanya mantera jenis pantun, teromba, talibun, gurindam dan mencakupi nyanyian, dialog serta prosa (naratif) berirama.

























3.0 JENIS DAN FUNGSI MANTERA

Mentera digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan masyarakat tradisional. Penggunaan mantera yang begitu meluas dalam masyarakat memperlihatkan betapa banyak jenis mantera dan sifatnya yang fungsional. Marjusman et al. (1980, 14) membahagikan mantera kepada beberapa jenis berdasarkan isi, di antaranya ialah mantera yang berisi pengampunan dan kutukan, mantera yang dibaca dalam upacara tertentu berisi ubat-ubatan dan mantera untuk pemanis, penggila dan pembenci.

Namun begitu masih banyak mantera yang tidak dimasukkan dalam jenis itu, seperti mantera untuk mengubat penyakit, khususnya yang berpunca daripada gangguan makhluk halus dan mantera yang ada hubungan dengan pekerjaan. Masyarakat Sunda Indonesia memgkolompokan mantera kepada enam jenis iaitu pertama ’Asihan’ digunakan untuk menguasai jiwa orang lain yang dicintai agar orang itu mencintainya. Pengamal ’Asihan’ akan menjadi lebih menawan dan dapat menarik orang yang dihajatinya. Kedua ’Ajian’ digunakan untuk mendapat kekuatan lahir dan batin sehingga menjadi gagah, berani , kebal dan dapat melindungi diri daripada sihir atau perbuatan jahat.

Ketiga ’Jampi’ digunakan untuk memulihkan penyakit atau kecelakan yang terkena pada diri seseorang. Keempat ’Jangjanokan’ digunakan semasa menjalankan pekerjaan dengan tujuan mendapat hasil yang banyak dan terselamat daripada gangguan kuasa ghaib di tempat berkenaan. Kelima ’Rajah’ digunakan untuk memohon keizinan mahkluk halus yang menjaga tempat tertentu seperti hutan, sungai dan sebagainya supaya tidak menggangu mereka dan terlepas daripada bahaya. Akhir sekali keenam ’Singelar digunakan untuk mengusir makhluk halus seperti jin, syaitan dan binatang buas yang menggangu tanaman mereka.


Harun Mat Piah (1989, 501-518) yang meneliti mantera melayu membahagikan kepada empat jenis berdasarkan isi dan fungsinya, iaitu pakaian diri, pembantu dalam pekerjaan, perubatan dan perbomohan, dan kegunaan dalam upacara.


MANTERA PAKAIAN DIRI

Mantera pakaian diri merupakan mantera yang diamalkan dengan tujuan menjadikan dirinya atau diri seseorang kuat, kebal, terselamat daripada perbuatan jahat dan sihir.

Contoh
Mantera kuatkan semangat

Bismi llahi-rahmani l-Rahim
Naik ke langit gelombang api
Api memancar di dadaku
Gunung api di mataku
Akulah anak harimau jantan
Akulah anak harimau garang
Tiada berlawan menentang aku
Berkat doa La ilaha llah
(Manja Lasim Melaka)












MANTERA PERBOMOHAN DAN PERUBATAN


Mantera jenis perbomohan dan perubatan dalam konteks ini bermasuk, semua mantera yang digunakan oleh bomoh untuk menyembuh penyakit atau menjadikan seseorang itu sakit. Perbomohan merupakan salah satu intitusi sosial yang penting dalam masyarakat Melayu, terutama pada zaman silam kerana bomoh memainkan peranan penting sebagai orang perantraan untuk berhubung dengan makhuk ghaib. Harun Mat Piah menegaskan bahawa bomoh mempunyai kepakaran sehinggakan dapat mengetahui jenis penyakit, cara mengubat penyakit dan mengatahui unsur-unsur yang mendatangkan penyakit serta mempunyai keperibadian dan kekuatan semangat untuk menentag unsur yang menyebabkan penyakit itu.


terdapat beberapa jenis penyakit yang dihadapi oleh orang Melayu yang secara umumnya boleh dipecahkan kepada penyakit biasa, penyakit berbahaya, penyakit urat saraf dan patah tulang, penyakit yang berpunca daripada gangguan makhulk ghaib, penyakit angin, dan penyakit yang berhubung kait dengan perbidanan. Penyakit-penyakit tersebut memerlukan khidmat bomoh untuk merawat dan berusaha menyembuhkannya.


PENYAKIT BIASA

Penyakit biasa bermasud penyakit yang sering dihadapi manusia tetapi tidak begitu berbahya. dalam keadaan biasa penyakit dalam kumpulan ini amat jarang mendatangkan maut. Penyakit dalam kumpulan ini termasuklah sakit kepala, sakit gigi, sakit mata, sakit rerut sakit sawan dan sebagainya. Setiap penyakit ada punca atau sebabnya. Umpamanya sakit gigi masyarakat Melayu tradisional percaya ia disebabkan oleh ulst gigi yang memakan dahagian dalam gigi menyebabkan gigi itu berlubang. Jadi ulat tersebut perlu dibunuh untuk menghilangkan sakit gigi.

Contoh
MANTERA SAKIT GIGI

Andang-andang besi
Patah gigi jadi wati
Aku tuju ulat mati
Mati ulat mati
Turun sekalian bisa
Naik sekalian tawar
Bukan aku punya tawar
Tawar Allah Muhammad
Tawar baginda Rasulullah
Berkat doa La illaha illa llah
(Mohd Noh Ali Segamat, Johor)


PEMBANTU DALAM PEKERJAAN

Pekerjaan dalam konteks ini merujuk kepada segala kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh seseorang atau kumpulan untuk mendapatkan hasil, sama ada dalam bentuk makanan, barangan, wang atau sebagainya bagi keperluaan hidup atau pengumpulan harta. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional lebih tertumpu kepada sektor pertanian, memburu binatang, mencari hasil hutan dan sedikit perniagaan. Satu hal yang menarik dalam kalangan orang Melayu ialah kadang kala mereka melakukan pelbagai pekerjaan pada satu musim. Misalnya dalam bidang pertanin dan perikanan, mereka menjalankan kegiatan tersebut terutama untuk keperluan harian tetapi hasil lebihan dijual untuk mendapat wang bagi membeli barang yang lain. boleh dikatakan dalam semua kegiatan ekonomi atau usaha ang berkaitan dengannya adalah melibatkan mantera.


BERCUCUK TANAM

Penanaman padi sawah atau bendang turut dikaitkan dengan makhulk halus. Masyarakat Melayu tradisional percaya penunggu atau jembalang tanah dan semangat api yang ada di sawah memainkan peranan dalam menentukan sama ada padi yang ditanam di situ mengeluarkan hasil yang banyak atau sebaliknya. Petani Melayu di beberapa tempat seperti Beranang, Selangor dan Rembau, Negeri Sembilan, pada zaman silam mengadakan istiadat ”berpuar” yang melibatkan semah kampung, termasuk sawah, dengan darah kerbau dan melakukan peperangan di antara dua puak. Setiap puak mewakili dan menjadi simbol pengaruh baik dan pengaruh jahat. Kemenangan akan berpihak pada puak baik, sebagai tanda terhapusnya pengaruh atau unsur jahat yang mendatangkan masalah kepada padi mereka. Apabila tiba musim menanam, bomoh membaca mantera berikut untuk memberitahu makhluk halus di situ demi keselamatan padi dan tanaman

Contoh
MANTERA MENJAGAPOKOK PADI

Hei segala penuggu di sini
Jin dan saitan
Aku minta kamu pindahlah dahulu dari sini
Sebab apa di sini tempat kamu
Aku hendak bekerja bagi sempurna
Buka petak bendang aku
Supaya selamat sempurna
Meminta penunggu-penunggu di sini
Tolong jaga sama daripada seteru-seteru
Yang hendak merosakkan tanamanku
(Mohd Noh Mahmud Jitra Kedah)




kegunaan mantera mengikut jenis adalah bergantung kepada keperuan individu dan kelompok masyarakat itu sendiri. Mantera pakaian diri digunakan untuk keselamatandan kekuatan diri. Bagi memulihkan penyakit dan menjadikan orang lain sakit digunakan mantera pemulih dan mntara hitam. Dalam kegiatan ekonomi digunakan mantera pembantu dalm pekerjaan. Manakala mentera yang berkaitan dengan ritual digunakan dalam beberapa istiadat. Kedudukan dalam masyarakat bergantng rapat kepada pendokong aktifnya yang terdiri daripada bomoh dan pengamal. keberkesanan mantera pula, antaranya bergantung kepada prasyarat pengucapan yang tepat dan bermakna.








































c. Peribahasa

Pengenalan

Peranan peribahasa Melayu yang diwarisi oleh nenek moyang kita memang tidak dapat dinafikan keindahannya. Nilai yang terkandung dalam setiap peribahasa dengan kata-kata tradisional yang pendek mampu menyimpan nasihat dan pedoman dalam sanubari. Malah ini merupakan kualiti positif yang membuatkan bahasa kiasan tersebut kekal dalam ingatan. Peribahasa seperti yang sudah diketahui umum, merupakan satu daripada cabang sastera lama , bukan sahaja bagi bangsa Melayu tetapi juga bagi hampir semua bangsa di dunia. Sebelum ada undang-undang yang mengawal perilaku hidup manusia bermasyarkat, orang bijak pandai dalam sesuatu bangsa pada zaman itu telah mencapai berberapa petua, nasihat atau pertujuk sebagai peraturan tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia. Petua, nasihat atau petunjuk itu diambil daripada alam sekeliling, contohnya perangai dan sifat manusi itu sendiri, juga daripada sifat dan tabiat binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Peribahasa merupakan serangkap bahasa yang ringkas dan medah tetapi padat dan bernas dengan maksud yang mendalam. Ia terdiri daripada kiasan bahasa yang digolongkan dalam bahasa perumpamaan ataupun perlambangan. Peribahasa juga merupakan suatu bentuk falsafah Melayu yang tinggi nilainya dan telah menjadi pemakaian di kalangan bangsa melayu sehari-hari. Ia berfungsi secara tidak langsung dalam memberi didikan moral dengan cara diplomasi. Dengan menggunakan bahasa perumpamaan, sesuatu nasihat atau kritikan dapat diterima dengan baik tanpa menyinggung perasaan dan menimbulkan kemarahan daripada pihak yang lain.








Definisi peribahasa.

Peribahasa merupakan suatu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu. Maksud yang dibawa itu berlainan daripada makna asal.
Menurut Harun Mat Piah (1989), beliau menyatakan peribahasa iailah ungkapan peribahasa yang terdiri sekurang-kurangnya dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau lebih. Kemungkinan baris-baris itu tidak berhubungan dari segi rima tetapi terjalin dalam hubungan yang seimbang, iaitu sebagai pembanding atau pelengkap kepada yang lain.
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda dan juga untuk pengajaran. Kita tidak perlu berterus terang kepada seseorang jika takut melukahatinya, tetapi gunakanlah peribahasa yang telah ada dalam adat budaya Melayu untuk menyatakan perasaan, memuji atau menasihatinya.Pada umumnya, peribahasa mengandungi falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi. Oleh sebab itu, peribahasa dapat digunakan sebagai pedoman hidup yang berkhidmat besar. Peribahasa juga sering digunakan sebagai kiasan,teladan dan pengajaran untuk menghiasi karangan dan percakapan.





Asal usul peribahasa.

Peribahasa melayu dikatakan diwarisi daripada nenek moyang kita pada zaman dahulu. Peribahasa di katakan lahir dari masyarkat melayu atas keinginan masyarkat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pada zaman dahulu, undang-undang untuk mengawal perilaku masyarkat belum wujud sehinggakan banyak kesalahan yang dilakukan masyarkat. Masyarkat yang mempunyai ilmu pada ketika itu telah mencipta pelbagai petua, nasihat atau petunjuk sebagai peraturan tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dalam hubungan sesama manusia. Petua, nasihat dan petunjuk tersebut diambil daripada alam sekeliling contohnya daripada sifat manusia itu sendiri, sifat dan tabiat binatang, sifat tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Petua yang di perolehi itu kemudiannya di perhaluskan lagi penggunaan bahasanya supaya ia sedap didengar tetapi masih mempunyai maksud teguran yang mendalam. Keadaan ini bertujuan untuk mengelak daripada menyinggung perasaan dan membuatkan orang tersebut marah. Peribahasa inilah yang digunakan untuk menegur dan mengawal masyarkat pada zaman dahulu. Bagi masyarkat yang memahami teguran menggunakan peribahasa ini, mereka akan insaf atas kesalahannya dan tidak lagi melakukannya kerana teguran yang disampaikan melalui peribahasa ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati orang yang di tegur, walaupun bahasa yang digunakan itu merupakan bahasa yang lembut.










Fungsi-fungsi peribahasa.

Peribahasa ialah merupakan satu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu. Ini menyebabkan ia mempunyai banyak peranan dalam kehidupan masyarkat.
Antara fungsi peribahasa ialah sebagai alat komunikasi sama ada secara formal iaitu digunakan dalam adat istiadat tertentu atau digunakan secara tidak formal iaitu terutamanya di gunakan untuk menyindir, menegur atau mengkritik seseorang. Contohnya dapat dilihat melalui peribahasa “Biar mati anak, jangan mati adat” yang bermaksud kita hendaklah mendisiplinkan diri supaya mematuhi keputusan yang telah kita buat. Selain itu peribahasa “Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tidak tampak” merupakan peribahasa yang menyindir orang yang suka menjaga tepi kain orang lain. Biasanya yang nampak hanyalah kesalahan orang lain, walaupun kecil, tetapi kalau kesalahan sendiri sebesar mana pun tidak disedarinya.
Selain itu peribahasa juga berfungsi sebagai alat pendidikan atau didiktik. Dengan menggunakan peribahasa, sesuatu ilmu dan pengajaran dapat di sampaikan secara langsung kepada masyarkat kerana sifatnya yang flaksibel dan dapat digunakan dalam pelbagai keadaan. Contohnya peribahasa “lah panas, kacang lupa akan kulitnya” yang membawa maksud orang yang telah mencapai kesenangan tidak lagi mengingat asal usulnya dahulu. Peribahasa ini mengajar kita supaya kita sentiasa mengingat asal kita yang dahulunya dan tidak bersikap sombong kepada orang. Contohnya seperti kisah Si Tanggang, Malim Kundang dan Nakhoda Manis yang melupakan asal usul mereka setelah mereka kaya.
Peribahasa juga berperanan sebagai pembebas tanggungjawab perseorangan terhadap sesuatu kekuasaan. Mengikut Alan Dundes (1989) menyatakan maksud kata kata ini ialah jika hendak mengkritik, terutamanya ingin menunjukan kesalahan atau mencela oseseorang dengan peribahasa, individu sasaran akan lebih mudah menerima teguran tersebut daripada dikritik atau dicela secara langsung.
Peribahasa juga berfungsi sebagai media yang mempamirkan kebijaksanaan penutur atau pewaris (juga melambangkan kebijaksanaan masyarkat khalayak). Pewaris yang terhad menyebabkan mereka dianggap sebagai golongan yang eksklusif dan istemewa. Semakin banyak mereka mewarisi puisi ini semakin tinggi sanjungan masyarkat khalayak terhadap mereka. Contohnya golongan tua banyak mengetahui dan menghafal pelbagai peribahasa sehinggakan ada diantara mereka yang dilantik sebagai ketua adat atau ketua lembaga. Ini menyebabkan mereka di pandang tinggi dalam masyarkat. Oleh itu penguasan puisi ini sekali gus dapat menunjukan ketinggian status seseorang dalam masyarkatnya.
Selain itu peribahasa juga digunakan untuk mengambarkan sesuatu keadaan. Peribahasa digunakan untuk menggambarkan sesuatu keadaan yang sukar untuk di jelaskan kepada seseorang. Dengan adanya peribahasa ini, sesuatu keadaan ini dapat di sampaikan dengan mudah dan ringkas. Contohnya peribahasa seperti “Kaki ayam” yang menggambarkan seseorang yang tidak menggunakan kasut atau alas kaki dan peribahasa “Puteri lilin” menunjukan individu yang tidak tahan lama berada di bawah pancaran matahari.
















Jenis-jenis peribahasa.

Peribahasa mempunyai pelbagai jenis dan mempunyai bentuk, ciri-ciri serta fungsinya yang tersendiri. Antara jenis-jenis peribahasa yang terdapat dalam bahasa melayu ialah:
• Bidalan
• Pepatah
• Perbilangan
• Perumpamaan
• Kiasan
• Kata-kata hikmat/lidah pendeta
• Simpulan bahasa



Bidalan

Bidalan ialah sebahagian daripada peribahasa yang seringkali disebut. Bidalan berbentuk ringkas dan mengandungi pengajaran serta mempunyai isi yang bernas. Bidalan berfungsi sebagai nasihat, peringatan dan tunjuk ajar kepada masyarkat kerana mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran yang sangat berguna. Bidalan terdiri daripada 2 bahagian iaitu maksud yang hendak disampaikan dan diikuti oleh pemantah bagi maksud tersebut dan bidalan ini mempunyai makna yang selapis sahaja. Contonhya, ialah melalui bidalan yang berbunyi “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Ayat “sesal dahulu pendapatan” merupakan maksud yang hendak disampaikan manakala ayat “sesal kemudian tidak berguna” merupakan pematah. Contoh bidalan yang lain yang terdapat dalam peribahasa ini ialah seperti :

“Ada udang di sebalik batu”
- yang membawa maksud mempunyai niat yang lain di sebalik perbuatan yang
dilakukannya.


“Biar dahi berlulukasal tanduk mengena”
- membawa maksud biar bersusah dahulu asalkan keinginan dapat dicapai,

“Biar miring asalkan jangan bertelungkup”
- yang bermaksud ak mengapa rugi sedikit asalkan jangan rugi banyak.



Pepatah
Pepatah iailah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat-resam. Makna ungkapan itu tidak berubah-rubah. Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarkat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Pepatah juga lebih kurang sama dengan dengan bidalan, cuma pepatah tidak mengandungi pengajaran seperti bidalan. Pepatah juga dapat menjadi simpulan bahasa sekiranya sebahagian daripada pepatah tersebut sahaja yang disebut. Contohnya “Patah kemudi perahu hanyut” sekiranya perkataan “Patah kemudi “ sahaja yang disebut ia akan menjadi simpulan bahasa yang membawa maksud tiada hala tuju. Antara contoh pepatah melayu ialah:
“ Zaman beralih musim bertukar “
-segala sesuatu yang baik akan berubah mengikut perkembang masa
“Tak leka dek panas, tak lapuk dek hujan”
-sesuatu yang baik dan mulia akan berkekalan sepanjang masa
“Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
-berkerjasama dan tolong menolong dalam semua perkerjaan baik senang atau
susah





Perbilangan

Perbilangan berbeza dengan bidalan dan perpatah iaitu dari segi bentuk susunannya. Perbilangan lazimnya terdiri daripada 2 baris atau lebih. Antara contoh perbilangan yang terdiri daripada 2 baris ialah:
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat

Perbilangan yang terdiri lebih 2 baris ialah:

Ke bukit sama didaki,
Kelurah sama dituruni,
Kelaut sama di renangi.



Perumpamaan

Perumpamaan ialah kata-kata yang membawa makna yang tersurat dan tersirat. Ia juga dikaitkan atau di umpamakan dengan satu perkara yang sebanding Perumpamaan mudah dibezakan daripada bentuk peribahasa yang lain kerana biasanya perumpamaan bermula dengan perkataan perbandingan iaitu “bagai, bak, ibarat, laksamana, macam, seperti, dan umpama”. Ini dikenali sebagai perbandingan secara terang-terangan. Menurut Za’ba, beliau menyatakan semua perumpamaan berasal daripada bahasa kiasan. Perumpamaan dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
• Perumpamaan yang disebutkan perbandingnya
-“seperti katak di bawah tempurung”

• Perumpamaan yang tidak disebut perbandingannya.
- luka yang hilang, parut tinggal juga

Perumpamaan juga dapat menjadi simpulan bahasa sekiranya tiada penggunaan perkataan perbandingan. Contohnya “seperti katak di bawah tempurung”. Sekiranya perkataan “seperti” digugurkan, perbandingan ini akan menjadi simpulan bahasa iaitu “katak di bawah tempurung”. Contoh-contoh perbandingan yang lain ialah seperti:

“Bagai air di daun keladi.”
-pendirian yang tidak tetap, selalu berubah-ubah dan tidak lekat pengajaran.

”Bagai anai-anai bubus”
-orang ramai yang berduyun-duyun berkumpul di suatu kawasan untuk melihat
sesuatu kerjadian.

“bagai anak dara sudah berlaki”
-anak gadis yang pengotor, pemalas, dan tidak sopan.


Kata-kata hikmat.

Kata-kata hikmat merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor.. Biasanya kata-kata hikmat mengandungi pengertian yang mendalam, iaitu sebagai suatu peringatan di samping menjadi panduan dalam kehidupan. Selain itu ia juga berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup. Di peringkat pendidikan, kata-kata hikmat berguna untuk menjadi sandaran hujah dalam pertuturan dan penulisan. Antara contoh kata-kata hikmat ialah:
Bahasa jiwa bangsa
- Yang bermaksud bahasa melambangkan keperibadian masyarkat yang berbilang
Kaum.

Bersatu teguh, bercerai roboh.
- jika bersatu tenaga, kita akan menjadi kuat tetapi jika kita tidak bersepakat,
maka kita akan lemah.
Rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku.
- Sesuatu penyakit boleh membuatkan rupa kita dan perbuatan yang jahat boleh
mencemarkan nama baik bangsa.




Simpulan bahasa.
Simpulan bahasa merupakan peribahasa yang paling mudah. Simpulan bahasa juga merupakan suatu peninggalan nenek moyang kita. Kehalusan bahasanya yang terang dapat kita lihat dalam setiap simpulan bahasa itu. Malahan simpulan bahasa membayangkan hati naluri orang melayu yang penuh dengan budi perketi dan juga ketatatertiban dalam kehidupan mereka. Keinginan untuk mengajar dan menegur seseorang itu secara halus memang lama menjadi teras kehidupan orang-orang melayu. Biasanya, simpulan bahasa terdiri daripada dua atau tiga patah perkataan yang mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya. Perbentukan simpulan bahasa ini juga berkaitan dengan beberapa unsur iaitu berkaitan dengan tubuh badan, haiwan, tumbuh-tumbuhan, kata nama khas, dan dalam simpulan bahasa yang tidak termasuk dalam kategori tertentu.

Contoh simpulan bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan iaitu seperti:
- Gigi air.
- Anak mata.
- Lidah bercabang.

Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan.
- Saudara anjing.
- Akal kancil.
- Biawak hidup.
- Rabun ayam.

Simpulan bahasa yang berkaitan dengan tumbuhan-tumbuhannya.
- Durian runtuh.
- Mabuk cendawan
- Delima merekah

Simpulan bahasa yang berkaitan dengan kata nama khas.
- Abu nawas
- Abu jahal
- Mat jenin

Simpulan bahasa yang tidak termasuk dalam kategori tertentu.
- Cincin tanda
- Hujan panas
- Juling air



Kiasan.
Kiasan merupakan ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan megiaskannya dengan perkara lain. Daripada kiasan tersebut, terbitlah bentuk-bentuk peribahasa lain seperti perumpamaan, simpilan bahasa dan yang lain-lain. Terdapat dua teknik mencipta kiasan iaitu, perbandingan makna dan perluasan makna.

A) Proses perbandingan makna.
Dalam proses perbandingan makna ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
perbandingan rupa bentuk dan perbandingan sifat.

- Perbandingan rupa bentuk.
Mengikut cara ini sesuatu yang hendak di ceritakan sifatnya di bandingkan
dengan sesuatu benda lain yang mempunyai benda lain yang mempunyai
ciri- ciri rupa bentuk yang serupa. Sebagai contoh, sesorang tinggi dan
kurus boleh dibandingkan dengan benda lain yang tinggi dan kurus,
umpamanya tiang telefon. Oleh itu terciptalah kiasan “perempuan itu
bagai tiang telefon”

- Perbandingan sifat.
Mengikut keadah ini, sesuatu benda yang dibandingkan dengan benda
lain yang serupa sifatnya walaupun rupa bentuknya berlainan. Sebagai
contoh seseorang tua yang tidak boleh berkerja lagi dibandingkan dengan
“Quran buruk” kedua- dua itu perkataan itu sangat berlainan rupa
bentuknya, yang satu manusia dan yang satu lagi kitab, tetapi kedua-
duanya mempunyai sifat yang serupa. Satu lagi contoh ialah hidangan
yang sudah sejuk dibandingkan dengan sesuatu yang sama sifat sejuknya,
umpamanya “hidung kucing” . oleh itu kita boleh mencipta kiasan pisang
goreng itu sejuk macam hidung kucing.


B) Perluasan makna.
Dalam proses perluasan makna ini, makna sesuatu perkataan di perluaskan supaya meliputi makna-makna baru. Sebagai contoh daripada perkataan tua diterbitkan makna-makna lain, iaitu tidak lagi membawa makna “tua” seperti pada idiom-idiom berikut:
Perkataan asal Idiom.
i. Tua. - Ketua
- Pengetua
- Mertua
- Pertua

ii. Kepala - Kepala kain
- Kepala surat.
- Kepala kampung
- Kepala angin
- Kepala batu
- Kepala berita.


Dalam peribahasa kiasan ini, terdapat berberapa jenis kiasan , antara jenis kiasan
ialah.

• Kiasan asal.
• Kiasan berpindah.
- kiasan sandar
- kiasan terus
- kiasan berangkap
- kiasan berbunga
- kiasab permanis
- kiasan melompat
- kiasan melarat
• Kiasan perimanusia
• Kiasan berkacau.



Kiasan asal.
Kiasan asal merupakan bahasa kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Kiasan ini menggunakan kata perbandingan seperti “ bak, ibarat, umpama, laksamana, bagai, macam dan seperti.” Perbandingan yang dibuat mestilah berlainan.
Contohnya.
a) Matanya merah bagai biji saga.
b) Senyumnya manis seperti madu
c) Suaranya merdu bak buluh perindu.
d) Hatinya hancur seperti kaca terhempas kebatu.
e) Rupa tuan puteri itu amat elok, umpama bulan purnama




Kiasan berpindah.
Kiasan berpindah merujuk kepada kiasan yang tidak menggunakan kata
perbandingan seperti kiasan asal. Perbandingan ini mengalami pengguguran dan
kata yang hendak di bandingkan itu dicantum terus dengan perkara yang dijadikan
perbandingan. Kiasan berpindah ini mempunyai kekuatan kiasan disebabkan dua
benda disamakan sehingga menjadi dua makna yang kukuh. Kiasan ini dibahagikan
kepada tujuh bahagian iaitu:

I. Kiasan sandar.
Kiasan sandar ialah kiasan yang dikaitkan dengan benda lain yang
menyerupai perkara yang hendak dikiasan. Kiasan sandar lazimnya
merupakan simpulan bahasa yang mempunyai makna yang tertentu.
Contohnya.
a) Tin kosong
b) Pening lalat
c) Telinga kuali
d) Lintah darat
e) Mandi kerbau
f) Ajak-ajak ayam
g) Tidur-tidur ayam
h) Harimau lepas tangkapan hangat-hangat tahi ayam

Contoh kiasa pening lalat merupakan kiasan sandar yang terdapat dalam Bahasa
Melayu. Kata pening lalat merupakan sifat kiasan yang disandarkan dengan lalat
yang terbang berpusing-pusing.





II. Kiasan terus
Kiasan terus ialah bentuk kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara langsung dengan benda lain. Kiasan terus kebanyakanny telah menjadi simpulan bahasa dan digunakan dalam kehidupan masyarkat kita sehari-hari hingga kini. Contoh kiasan terus ialah:
a) Naik angin
b) Orang rumah
c) Lidah pendeta
d) Kacang hantu
e) Berbadan dua
f) Buruk makan mabuk darah
g) Puteri lilin


III. Kiasan berangkap
Kiasan berangkap ialah kiasan yang mempunyai pertentangan bunyi antara
perkataan dengan benda yang dikiaskan. Kiasan ini tidak menekankan
perbandingan sifat tertentu yang diperkatakan. Kelainan bunyi dalam kiasan
berangkap menyebabkan sering digolongkan dalam pantun melayu. Kiasan juga
mugkin bertujuan untuk bergurau senda.
Contoh:
a) Lain dulang lain kaki, lain orang lain hatinya
b) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak mengata
c) Sudah gaharu cedana pula, sudah tahu bertanya pula.
d) Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa
e) Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapalah tahu.
f) Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
g) Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak aku tak ingin.

Berdasarkan contoh diatas, jelaslah bahawa kiasan berangkap terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksud. Maksud yang hendak diperkatakan terletak pada bahagian akhir kiasan tersebut.



IV. Kiasan berbunga
Kiasan berbunga merupak kiasan yang menyampaikan sesuatu dengan
mengunakan kata-kata yang indah dan sedap didengar. Kiasan ini merangkumi kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif. Kiasan jenis ini bukan merupakan simpulan
bahasa. Kiasan ini boleh dicipta oleh penutur, iaitu bergantung pada kemampuannya
mengunakan bahasa yang sesuai dan menarik. Kiasan ini banyak terdapat dalam
penulisan sajak, novel, dan cerpen. Contohnya
Kata nama.
a) Awan berarak
b) Angin sepoi-sepoi bahasa
c) Pohon nyiur melambai-lambai

Kata kerja.
a) Meraih sempati
b) Mengukir senyum
c) Semangat yang membara
d) Menyikat masa remajanya
e) Menjaring segenggam rezeki

Kata adjektif.
a) Marah berapi-api
b) Merah bernyala-nyala
c) Semangat berkoba-kobar


V. Kiasan permanis
Kiasan pemanis ialah kiasan yang disampaikan maksudnya ke
Ada seseorang secata tidak langsung. Oleh sebab maksud yang hendak disampaikan
itu tidak elok didengar, bahasa kiasan ini digunakan untuk memaniskan kata yang
hendak disampaikan itu sebaliknya. Bahasa kiasan pemanis juga di kenali sebagai
bahasa halus.
Contoh.
a) Hati batu
b) Tua keladi
c) Naik daun
d) Buruk siku
e) Kepala angin
f) Datang bulan
g) Bunting kerbau


VI. Kiasan melompat
Kiasan melompat ialah bentuk kiasan berpindah yang membawa maksud yang
sama dengan kata-kata tersebut. contohnya, apabila kita mengaitkan kata “luka”
dengan “darah”. Contoh.
a) Lidah pendeta
b) Tangan baju
c) Kaki seluar
d) Membuka negeri








VII. Kiasan melarat
Kiasan melarat ialah kiasan yang terbit daripada perkataan yang terpesong daripada maksud asalnya. Kata-kata ini mengalami perubahan makna asalnya apabila bercantum dengan kata lain. Kiasan ini juga bercantum dengan kata lain untuk menghasilkan makna yang berbeza daripada kata asal. Oleh itu, penggunaan kata yang semakin meluas dan menjadi simpulan bahasa.
Contoh.
a) Berat - berat hati, berat mata, berat perut, berat tulang.
b) Muka – muka tembok, muka pintu, masam muka, muka baharu.
c) Kaki – kaki ayam, kaki botol, kaki bangku, kaki bukit, kaki langit, kaki perempuan.



Kiasan permanusiaan
Kiasan permanusiaan atau dikenali senagai perorangan (personifikasi) ialah bahasa kiasan yang digunakan pada benda yang tidak bernyawa atau binatang dengan sifat-sifat tertentu seperti dapat berfikir, bercakap, dan berkelakuan seperti manusia.
Contoh.
a) Akar menjalar
b) Angin berbisik
c) Burung bersiulan
d) Kesejukan menggigt rasa
e) Takut mencengkam perasaan






Kiasan berkacau.
Kiasan berkacau ialah bentuk kiasan yang mempunyai sebahagian fakta yang bertentangan antara satu sama lain. Kiasan berkicau juga dapat terdiri daripada bandingan yang bertentangan tetapi disatukan dalam satu ikatan kata sahaja.
Contoh.
a) Nafsunya berentak-rentak, seperti kida hendak masuk berlayar.
b) Nasihat daripada ibubapa dan guru yang mencurah-curah datang menyuruh pelajar bersungguh-sungguh itu dilontarkan kedalam bakul sampah sahaja
























Peribahasa sememangnya lahir dalam kehidupan masyarkat Melayu. Peribahasa ini merupakan khazanah warisan Melayu yang tidak ternilai harganya dan telah diwarisi oleh kita daripada nenek moyang kita dari zaman dahulu lagi. Peribahasa ini wujud atas kehendak masyarkat dahulu untuk mencari jalan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarkat pada waktu itu. Hal ini kerana, pada waktu itu, tidak ada undang-undang yang mutlak yang dibuat untuk mengawal tingkah laku masyarkat dalam kehidupan seharian. Dengan menggunakan peribahasa untuk menegur sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh sesorang individu, ia dapat meninggalkan kesan yang mendalam pada hati sesorang tersebut walaupun bahasa yang digunakan bukan merupakan bahasa yang kasar. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu dapat menerima teguran yang dibuat ke atasnya secara langsung tanpa menyakitkan atau menyingungkan perasannya. Selain itu, peribahasa ini juga di gunakan oleh masyarkat pada waktu dahulu untuk mengungkapkan sesuatu keadaan yang sukar untuk diungkapkan, contohnya seperti “Ada udang di sebalik batu” yang mengambarkan tentang seseorang yang mempunyai niat lain di sebalik perlakuannya yang dilakukannya. Hal ini disebabkan oleh, tiada ungkapan khusus yang dicipta kerana bahasa pada waktu belum lagi berkembang. Selain itu peribahasa ini juga di gunakan oleh masyarkat sebagai wadah keintelektualan. Hal ini kerana bentuk-bentuk karya ini memberi ruang yang khusus untuk menjana kebijaksanaan pengarang dalam mengungkapkan hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan seharian ungkapan-ungkapan yang pendek, ringkas,tepat dan penuh makna jelas memberikan gambaran kebijaksanaan akal, dan pemerhatian yang mendalam serta tajam kepengarangnya. Contohnya “Alam berkembang jadi guru, setitik jadikan laut, sekepal jadikan gunung.” Yang mana mengajar manusia supaya menyedari hakikat kejadian alam ciptaan tuhan. Semua keadaan ini menunjukan masyarkat melayu pada waktu dahulu mempunyai pemikiran yang keratif dan berpandangan jauh dalam menempuhi kehidupan seharian.





Mantera/Jampi/Serapah

Masyarakat Melayu lama begitu peka terhadap alam sekeliling mereka. Mereka mempercayai bahawa dalam alam sekitar mereka wujud makhluk-makhluk halus (kepercayaan animisme) atau ghaib yang dianggap mengganggu kehidupan manusia. Bagi menyelamatkan diri dari gangguan itu, mereka mencipta mantera, yang terkandung di dalamnya jampi, serapah, sembur, cuca dan sebagainya. Mereka akan menjampi tempat-tempat yang difikirkan berkeliaran makhluk-makhluk halus seperti pada batu-batu besar, pokok-pokok besar, tempat-tempat keramat dan apabila ditimpa penyakit, ianya akan dikaitkan dengan kepercayaan anismisme. Mantera dibaca bagi mereka yang berhajatkan sesuatu dari makhluk ghaib itu. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan seperti turun ke sawah atau ke laut, serapah harus dibaca supaya tidak diganggu.
Pawang, bomoh, dukun dan bidan biasanya adalah mereka yang memainkan peranan penting dalam upacara mantera, jampi, serapah. Kedudukan mereka dipandang tinggi dalam masyarakat Melayu lama kerana peranannya menjaga keselamatan dalam kelompok mereka. Tokoh-tokoh ini dianggap sebagai perantaraan antara manusia dengan makhluk halus. Pawang mencipta mantera, jampi, serapah dengan pemilihan kata-kata yang baik dan bunyi bahasa yang lembut. Bertujuan supaya permintaan mereka yang dipenuhi dengan jampi serapah akan berkesan. Kepercayaan masyarakat Melayu lama, bahawa mantera, jampi, dan serapah ini mestilah menitikberatkan soal pantang larang dari segi bahasa, kekuatan kata-kata yang diucapkan dan sebagainya. Ini akan mendatangkan kebaikan, menjauhkan dari gangguan roh-roh halus, menyembuhkan penyakit yang memerlukan pawang, bomoh dan dukun yang mahir. Mentera, jampi, dan serapah dilakukan pada masa dan tempat yang tertentu untuk satu-satu tujuan dan penggunaannya.
Mentera, jampi dan serapah ini disampaikan secara lisan. Walaupun ia tidak tercatit, tetapi masih boleh dianggap sebagai hasil sastera kerana bahasa berangkapnya mempunyai unsure-unsur bunyi bahasa dan irama bunyi akhir yang indak dan baik. Mentera, jampi dan serapah adalah milik pawing atau bomoh dan merupakan kebudayaan asli masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Semasa kedatangan Hindu di Nusantara, ianya telah diresapi oleh kepercayaan agama itu. Dalam sebutan dan nama terdapat nama dewa-dewi, Indera dan sebagainya. Begitu juga dengan kemasukan Islam, mentera, jampi dan serapah dipengaruhi dengan unsur-unsur seperti nama-nama Nabi, ayat-ayat suci, mengagungkan Allah SWT dan lain-lain. Berlaku beberapa perubahan dan penyesuaian seperti menghapuskan kepercayaan anismisme di kalangan masyarakat Melayu. Mentera, jampi dan serapah biasanya digantikan dengan doa dari hadis dan Al-Quran selepas kedatangan Islam.

Syair

Maksud
Perkataan Syair berasal daripada bahasa Arab Syi’ir yang bermaksud ‘perasaan yang menyedari’. Oleh itu, syair memberi penekanan kepada kesan perasaan dan nasihat. Syair juga dikenali sebagai puisi Naratif. Ini kerana pengolahan atau penyusunan isi syair pada keseluruhannya bersifat cerita. Setiap isi, pemikiran atau idea yang dikemukan adalah berurutan, iaitu ada permulaan, perkembangan dan pengakhiran isi ceritanya. Syair juga adalah karangan berangkap atau puisi Melayu lama yang sangat digemari oleh masyarakat Melayu.

Asal-usul

Syair merupakan salah satu daripada Puisi Melayu Tradisional warisan Islam iaitu warisan daripada tradisi sastera Arab atau Parsi. Syair juga sangat popular dan terkenal dalam masyarakat Melayu dan kemunculannya dalam masyarakat Melayu ada kaitannya dengan kedatangan Islam di Alam Melayu pada awal abad ke-16. Syair dalam tradisi Sastera Melayu tidak sama dengan Syair dalam tradisi Sastera Arab. Syair dalam tradisi sastera Melayu mula dikesan dan berkembang pada abad ke-16 dan 17, sedangkan Syair Arab Saudi sudah bermula di Tanah Arab pada zaman Pra-Islam lagi. Para pengkaji percaya bahawa Hamzah Fansuri sebagai pelopor syair Melayu.

Syair dalam masyarakat Melayu pada dasarnya sudah dikenali sejak zaman Pasai sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Batutah semasa beliau singgah di sana dan contoh-contoh puisi kemudiannya dipelajari di Melaka sebagaimana yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Hamzah Fansuri menggunakannya secara meluas dan mendalam di Acheh pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17 Masihi. Namun, terdapat pendapat menyatakan bahawa syair-syair yang dipelopori oleh Hamzah Fansuri adalah Ruba’i. Tetapi Ruba’i yang ditulis oleh Hamzah Fansuri berbeza dengan Ruba’i yang terdapat dalam tradisi kesuasasteraan Arab atau Parsi. Ruba’i yang ditulis oleh Hamzah itu menjadi terkenal dan akhirnya dikenali sebagai Syair dan digunakan oleh Hamzah Fansuri sebagai wadah menyampaikan ajaran agama Islam. Kaedah yang digunakan oleh Hamzah Fanzuri selari dengan makna Sastra iaitu Sas yang bermaksud mengajar dan tra pula merujuk kepada alat atau sarana atau juga membawa maksud menyampaikan pengajaran.

Terdapat pendapat atau pandangan awal yang menyatakan bahawa tulisan yang terdapat pada batu nesan yang ditemui di Menye Tujuh, Acheh adalah syair Melayu terawal, namun disanggah oleh banyak pendapat terutamanya oleh G.E Marrison, A Teeuw dan ramai lagi. Namun, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa syair Melayu terawal ialah Syair Ken Tambuhan yang dikesan dalam cerita panji dan terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Syair-syair karya Hamzah Fansuri adalah Syair Melayu yang terawal. Oleh itu, tidak dapat dipastikan manakah syair yang terawal sekali wujud.




Bentuk
Bentuk paling konvensional syair Melayu ialah empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a. Bentuk inilah yang paling dikenali oleh masyarakat umum walaupun sebenarnya syair Melayu dapat ditemui dalam bentuk-bentuk yang lain. Sesetengah sayir boleh juga dibuat dua atau tiga baris serangkap. Syair tidak mempunyai pembayang dengan maksud. Tiap-tiap baris mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris yang dahulu daripadanya.

Walaupun syair terdiri daripada bait-bait empat baris, sesuatu bait syair tidak dapat berdiri dengan sendiri . Tiap-tiap bait syair hanya berupa bahagian kecil serta keseluruhan cerita atau kisah tertentu. Kadangkala kerana kepentingan ritma, sesuatu baris ditambah tanpa membawa maksud tertentu . Biasanya bilangan perkataan dalam tiap-tiap baris syair terdiri daripada empat perkataan dan lapan hingga duabelas suku kata. Hujung tiap-tiap baris atau rima dalam serangkap syair adalah sama iaitu berebentuk ‘aaaa’ dan ‘bbbb’. Ada kalanya untuk kepentingan persamaan bunyi perkataan seperti kan, lah, nya, dan lagi dimasukkan ke dalam bait-bait tanpa membawa sesuatu makna.

Satu rangkap syair merupakan satu kesatuan idea untuk membina satu idea yang lengkap, sesuai dengan isi dan tujuannya, satu rangkap syair perlu diikuti oleh rangkap-rangkap yang lain. Isi sesebuah syair umumnya adalah cerita yang panjang atau penerangan yang jelas tentang sesuatu sama ada berupa nasihat, falsafah, agama dan sebagainya. Menurut isi atau tema, syair Melayu dapat dibahagikan kepada tujuh jenis yang kemudiannya dibahagikan kepada dua jenis iaitu syair berupa cerita iaitu syair romantis,syair sejarah, syair keagamaan, syair kiasan (alegoris) dan syair bukan cerita yang terdiri daripada syair agama, syair nasihat dan juga syair dengan tema-tema lain. Ini bermakna syair tidak boleh terbina hanya dengan satu rangkap sahaja melainkan berkesatuan oleh beberapa rangkap yang kemudiannya mengembangkannya dan melangkapkan satu tema atau cerita.